Siapa pun pasti akan kecewa jika barangan yang dibeli langsung tidak sama seperti apa yang yang dijanjikan. Itulah yang terjadi kepada wanita ini.
Berdasarkan perkongsian seorang personal shopper bernama Ina di Facebook, beliau berkongsikan pengalaman buruk salah seorang pelanggannya yang ditipu pengasas produk kecantikan yang kononnya menjual beg DIOR miliknya.
Kisahnya usahawan tersebut memuat naik gambar beg DIOR asli untuk dijual. Ketika selesai urus niaga, pembelinya kecewa kerana beg yang diterima berbeza dengan apa yang diiklankan.
Lebih mengecewakan, beg tersebut adalah tiruan, bukan preloved seperti yang diiklankan. “Mu bagi gambar kat ku yang preloved. Tapi bila sampai beg baharu versi China,” tulis pembeli kecewa.
Menurut Ina, perkara penipuan seperti ini biasa terjadi andai pembeli terus sahaja percaya dengan kata-kata penjual.
Kalau kes upload gambar original Coach tetapi jual fake Coach memang berlambaklah. Outlet collections from US tapi comes with dustbag and price yang tak masuk akal. Kononnya ada kabel Beli di kilang/factory. Nonsense guys. Be careful!! Nanti korang akan dapat fake yg kualitinya bawah RM100 sahaja,” tulisnya.
Begitu juga dengan ada penjual yang mencuri gambar daripada personal shopper (PS) yang lain dan berkata mereka menjual produk tersebut. Jadi nasihat Ina adalah untuk tidak percaya dengan tawaran yang terlalu ‘tidak masuk akal’.
Dalam perkembangan terkini, pembeli beg berkenaan telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut. Dalam laporannya, beliau hanya mahu wangnya dikembalikan dan menyerahkan kembali beg tiruan tersebut kepada usahawan berkenaan.
Tidak dapat dipastikan mengapa usahawan berkenaan ‘menipu’ dan setakat ini, tiada kenyataan balas daripada usahawan tersebut perihal dakwaan ini.
Belilah barangan anda daripada pihak yang dipercayai. Ini pula beberapa isu lain yang melibatkan penipuan atau barangan fake.
Rujukan Artikel :
https://www.thevocket.com/kata-preloved-tetapi-dapat-beg-tiruan-pembeli-kecewa-dakwa-ditipu-pengasas-produk-kecantikan/